Posts

Showing posts with the label Pengurusan Gudang & Stor

Pengurusan Gudang dan Stor dalam sektor pengilangan

Image
PENGENALAN Gudang adalah merupakan bangunan komersial yang digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis barangan daripada bahan-bahan mentah, barangan separuh siap sehinggalah ke barangan siap. Gudang kini digunakan oleh para pengilang, pengimport, pengeksport, pemborong dan syarikat-syarikat pengangkutan bagi menyimpan segala bahan-bahan keperluan, bekalan dan sebagai suatu saluran bekalan bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka pada setiap hari. Barangan yang disimpan di dalam gudang adalah merupakan suatu rantaian bekalan yang perlu dikawal agar ianya tidak terkurang atau terlebih bagi memastikan keberkesanan operasi pengilangan dan borong sesebuah syarikat. Justeru daripada itu, pengurusan gudang yang berkesan adalah perlu bagi menjamin keseluruhan operasi pengilang ataupun syarikat pemborong tidak terbeban dengan kos operasi yang kini kian meningkat. OBJEKTIF KURSUS Pada penghujung program ini para peserta akan dapat memahami bertapa pentingnya pengurusan gudang yan...