Pengurusan Gudang dan Stor dalam sektor pengilangan

PENGENALAN

Gudang adalah merupakan bangunan komersial yang digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis barangan daripada bahan-bahan mentah, barangan separuh siap sehinggalah ke barangan siap.

Gudang kini digunakan oleh para pengilang, pengimport, pengeksport, pemborong dan syarikat-syarikat pengangkutan bagi menyimpan segala bahan-bahan keperluan, bekalan dan sebagai suatu saluran bekalan bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka pada setiap hari.

Barangan yang disimpan di dalam gudang adalah merupakan suatu rantaian bekalan yang perlu dikawal agar ianya tidak terkurang atau terlebih bagi memastikan keberkesanan operasi pengilangan dan borong sesebuah syarikat.

Justeru daripada itu, pengurusan gudang yang berkesan adalah perlu bagi menjamin keseluruhan operasi pengilang ataupun syarikat pemborong tidak terbeban dengan kos operasi yang kini kian meningkat.

OBJEKTIF KURSUS

Pada penghujung program ini para peserta akan dapat memahami bertapa pentingnya pengurusan gudang yang berkesan seperti berikut:

1. Memahami dengan lebih mendalam pengurusan gudang dan inventorinya.

2. Dapat mengenalpasti cara yang lebih berkesan untuk menguruskan stok di dalam gudang.

3. Memahami dan sedar bertapa pentingnya kaedah penyusunan stok secara teratur.

KUMPULAN SASAR

Program ini disasarkan khusus buat para penyelia, pegawai, eksekutif stor atau gudang (store or warehouse supervisors, officers, executives), para pembantu gudang (warehouse assistants), kerani-kerani stor (store clerks), penyelaras inventori (inventory coordinators), para pengendali barangan (materiak handlers) serta mereka-mereka yang baru melibatkan diri di dalam kegiatan pengurusan gudang atau stor.

KANDUNGAN KURSUS

MODUL 1: PENGURUSAN STOK DALAM GUDANG

· Kefahaman mengenai stok, stor dan gudang
· Definasi stok dan jenis-jenis stok di dalam gudang
· Tujuan penyimpanan stok
· Pengurusan lokasi, penyusunan dan kawalan stok
· Rekod, pemeriksaan dan pengiraan stok

MODUL 2: PENGURUSAN GUDANG & STOR

· Persamaan atau perbezaan antara gudang dan stor
· Pentadbiran di dalam gudang dan stor
· Kaedah dan tanggungjawab penerimaan barangan (receiving)
· Kaedah dan tanggungjawab pengeluaran barangan (issuing)
· Mengenalpasti atur susun keutamaan barangan (FIFO)
· Penyimpanan dan penyusunan barangan
· Pembungkusan (packing)
· Pengeksportan barangan (shipping)
· Sistem maklumat gudang/pengurusan manual
· Pentingnya komunikasi di dalam dan luar gudang atau stor

JANGKAMASA KURSUS

2 hari (9.00 pagi – 5.00 petang)

Popular posts from this blog

Definition, nature and purpose of a Documentary Credit

Bills of Lading

Various Basic Shipping Charges on Landside and Waterside